SIMPULAN BAHASA
Simpulan Bahasa | Maksudnya |
ada angin | berkelakuan luar biasa pada sesuatu ketika |
ada hati | mempunyai keinginan yang melebihi kemampuan untuk melakukan atau memiliki sesuatu |
air muka | rupa atau wajah seseorang |
ajak-ajak ayam | tidak bersungguh-sungguh semasa mempelawa seseorang |
ada bakat | mempunyai tokoh atau perwatakan |
alas perut | makanan yang dimakan untuk sementara waktu sebelum memakan makanan yang mengenyangkan |
anak angkat | anak orang lain yang dipelihara sebagai anak sendiri |
anak bapa | anak yang disayangi oleh bapa |
anak buah | orang yang di bawah jagaan seorang ketua atau anak saudara |
anak emas | anak yang disayangi oleh ibubapa atau ketuanya |
angkat kaki | meninggalkan sesuatu tempat kerana sesuatu sebab |
atas angin | negara-negara di sebelah barat |
atas pagar | tidak menyebelahi mana-mana pihak |
ayam tambatan | orang yang menjadi harapan dalam sesuatu pertandingan |
bahasa pasar | bahasa Malaysia yang tidak betul tatabahasanya |
banyak mulut | orang yang banyak cakap |
batu api | orang yang suka menghasut |
batu loncatan | sesuatu yang dijadikan alat untuk mendapatkan sesuatu yang dihajati |
bau-bau bacang | tali persaudaraan yang jauh |
bawah angin | negara-negara di sebelah timur |
bekas tangan | hasil kerja tangan seseorang |
beralih akal | berubah fikiran atau pendapat |
beralih angin | pergi ke sesuatu tempat untuk berehat |
berat hati | enggan; malas |
berat mulut | pendiam dan tidak suka bercakap banyak |
berat tulang | orang yang malas bekerja |
berat sebelah | tidak berlaku adil |
berbelah bagi | sukar untuk membuat keputusan |
berhati batu | degil dan sukar menerima nasihat |
berhutang budi | patut membalas kebaikan seseorang dengan kebaikan juga |
bermuka dua | tidak jujur |
bertikam lidah | bertengkar ; berdebat |
besar hati | bergembira atau berbangga akan sesuatu |
besar kepala | degil; sukar menerima pandangan orang lain |
buah hati | orang yang dikasihi atau dipuja |
buah mulut | sesuatu yang menjadi perbualan orang ramai |
buah tangan | hadiah yang dibawa ketika melawat seseorang |
bulat hati | bersungguh-sungguh ketika membuat sesuatu; sudah nekad |
buruk siku | mengambil balik sesuatu yang telah diberikan kepada orang lain |
buta hati | tidak dapat menerima pengajaran; zalim ; kejam |
cahaya mata | anak |
cakar ayam | tulisan yang buruk |
campur tangan | turut serta atau mencampuri urusan orang lain |
cari jalan | berusaha atau ikhtiar melakukan sesuatu |
cepat tangan | suka mencuri |
dalam tangan | sudah pasti diperoleh |
darah daging | anak kandung |
durian runtuh | keuntungan yang diperoleh dengan tidak disangka-sangka |
gaji buta | mendapat gaji tanpa perlu bersusah payah atau bekerja bersungguh-sungguh |
gelap mata | hilang pertimbangan kerana terpengaruh oleh wang atau harta |
harga diri | maruah atau kehormatan seseorang |
harga mati | harga tetap yang tidak dapat ditawar lagi |
hati batu | degil atau keras hati |
hidung tinggi | sombong atau tinggi diri |
hilang akal | tidak tahu apa-apa yang perlu dibuat; hilang pertimbangan diri |
ikat perut | menahan lapar kerana berjimat |
iri hati | menyimpan perasaan dengki atau cemburu |
isi hati | perasaan dalam hati |
jalan buntu | tidak ada jalan penyelesaian |
kacang hantu | orang yang jahat dan suka mengganggu orang lain |
kaki ayam | tidak berkasut atau berselipar |
kaki bangku | tidak berkebolehan bermain bola |
kaki botol | suka minum minuman keras |
kecil hati | berasa tersinggung atau merajuk |
kepala angin | perangai yang tidak menentu |
kepala batu | degil dan tidak mendengar nasihat |
kera sumbang | orang yang tidak suka bergaul dengan orang lain |
khabar angin | berita yang belum tentu benarnya |
langkah kanan | bernasib baik |
langkah seribu | cepat-cepat lari kerana ketakutan |
lidah bercabang | kata-kata yang tidak boleh dipercayai |
lipas kudung | cepat membuat kerja |
lintah darat | mengambil keuntungan berlebihan atas pinjaman yang diberikan |
makan angin | bersiar-siar untuk berehat |
makan suap | menerima rasuah |
malu-malu kucing | berpura-pura malu di hadapan orang |
mandi peluh | bekerja kuat |
mati katak | mati dengan sia-sia |
membabi buta | melakukan sesuatu tanpa berfikir |
membawa diri | tahu menjaga diri |
membuka jalan | memberi laluan kepada orang lain |
membuka tembelang | menceritakan keburukan seseorang kepada orang lain |
memeras otak | terlalu kuat berfikir atau belajar |
menarik diri | tidak turut serta; meletak jawatan |
mencari jalan | berusaha melakukan sesuatu |
mencuci mata | gembira memperhatikan sesuatu yang indah |
mencuit hati | lucu; menggelikan hati |
mengabui mata | cuba memperdaya; menipu |
mengadu domba | memperlagakan seseorang untuk memecah belahkan persahabatan dan sebagainya |
mengambil angin | bersiar-siar untuk berehat |
mengambil berat | memberi sepenuh perhatian |
mengambil hati | dapat memikat atau mempengaruhi |
mengasah bakat | latihan untuk mengembangkan bakat |
muka tembok | tidak berasa malu |
mulut murai | kuat bercakap atau berbuat bising |
mulut tempayan | tidak dapat menyimpan rahsia |
murah hati | suka menderma, tidak kedekut |
naik angin | terlalu marah |
nyawa-nyawa ikan | hampir-hampir mati |
orang atasan | orang yang berpangkat tinggi |
otak cair | pintar atau bijak |
otak kering | kurang siuman |
otak udang | bebal atau bodoh |
paku belanda | barangan yang tetap harga |
panas hati | meradang atau marah |
panjang tangan | suka mencuri |
pasang telinga | mendengar dengan teliti |
pekak badak | kurang jelas pendengarannya; tidak dapat mendengar bunyi yang kuat |
pembasuh mulut | makanan atau minuman yang dihidangkan selepas makan nasi |
perang mulut | pertengkaran |
pilih kasih | memberi layanan yang lebih kepada orang yang disukai |
pisau cukur | perempuan yang suka menghabiskan harta benda lelaki |
puteri lilin | tidak tahan terkena panas matahari |
putih hati | ikhlas; jujur |
putih mata | mengalami kekecewaan |
rabun ayam | penglihatan kurang jelas |
rambang mata | sukar membuat pilihan |
ringan tangan | suka membuat kerja; menolong orang |
sampai hati | tergamak melakukan sesuatu kerja |
serkap jarang | membuat tuduhan secara agak-agak atau tanpa usul periksa |
tangan terbuka | menyambut sesuatu dengan senang hati |
tangkai jering | orang yang kedekut |
tawar hati | tidak mempunyai minat lagi |
tebal muka | tidak tahu malu |
telinga kuali | tahan hati menerima kemarahan |
telinga lintah | tajam pendengaran |
telinga nipis | cepat marah atau meradang |
terang hati | mudah memahami sesuatu |
tidur-tidur ayam | tidur yang tidak nyenyak |
tin kosong | bercakap besar tanpa ilmu |
titik peluh | hasil usaha yang bersungguh-sungguh |
LATIHAN SIMPULAN BAHASA
1. Pak Jumat yang _______ itu masih kuat mengusahakan kebun kelapanya.
A bongkok sabut B manis mulut C kering hati D hati muda
2. Abang terpaksa ber _______ apabila tapak gerai yang dipohonnya jatuh ke tangan orang lain.
A tikam lidah B gelap hati C putih mata D alih angin
3. Farhana tidak gemar membeli pakaian di kedai itu kerana herganya _______ .
A atas pagar B paku belanda C naik angin D kera sumbang
4. Sikap Yasin yang suka _______ itu menyebabkan dia tidak disukai.
A angkat mata B angkat kaki C angkat diri D angkat sumpah
5. Ros tidak berani mendekati mangsa kemalangan itu kerana dia mudah _______.
A hutang darah B naik darah C hisap darah D mabuk darah
6. Pak Zaman dapat hidup senang hasil _______ nya berbakti kepada tanah.
A titik peluh B makan suap C jalan buntu D kacang hantu
7. Pekerja itu _______ menanggung kepayahan hidup di rantauan.
A besar hati B ada hati C cekal hati D sampai hati
8. Kecemerlangan Johari dalam peperiksaan telah menjadi _______ orang kampungnya.
A buah hati B buah mulut C buah tangan D buah fikiran
9. Ain mengambil sikap _______ dengan tidak memihak kepada sesiapa pun dalam perselisihan itu.
A atas pagar B pilih kasih C hentam kromo D berpeluk tubuh
10. Pekerja itu sering ditipu oleh majikannya kerana dia _______ .
A pekak badak B pisau cukur C pening lalat D buta huruf
11. Aida suka membaca, maka dia digelar _______.
A ulat buku B intan terpilih C puteri lilin D kaki bangku
12. Ali dan kawan-kawannya masih melepak di simpang jalan itu walaupun _______ sudah turun.
A bunga dedap B embun jantan C buaya tembaga D buah hati
13. Mira _______. Dia suka membocorkan rahsia orang.
A mulut tempayan B telinga kuali C tangan panjang D kepala angin
14. Datuk saya _______ untuk menyiapkan perahu yang ditempah khas oleh kerabat diraja Perak.
A bertegang urat B berputih tulang C bermandi peluh D berjimat cermat
15. Berita penangkapan pegawai kerajaan yang _______itu disiarkan di dalam akhbar-akhbar utama.
A makan suap B makan angin C makan tuan D makan hati
16. Ramlah mendapat _______apabila dipilih sebagai pemenang utama peraduan itu .
A mata duitan B buah tangan C gaji buta D durian runtuh
17. Datuk Zakaria telah dilantik menjadi _______ negara ke Sweeden .
A Guru Besar B Hakim Besar C Menteri Besar D duta besar
18. Pandangan golongan _______ perlu diambil kira terlebih dahulu bagi menggelakkan timbulnya masalah di
kemudian hari.
A cerdik pandai B gagah perkasa C kurus kering D tinggi lampai
19. Mak Munah menggunakan bekas plastik untuk menakung _______ .
A air hujan B air mata C air terjun D air laut
20. Saya bersetuju dengan sikap Encik Halim yang suka _______dalam mengendalikan kerja-kerjanya .
A panjang tangan B lepas tangan C ringan tangan D dalam tangan
21. Kami terpaksa _______kerana terdapat kejadian tanah runtuh yang menghalang perjalanan kami .
A berpatah balik B berpusing ligat C berubah hati D bertegang urat
22. Kerja-kerja _______ kapal tangki yang rosak itu sedang giat dijalankan .
A membaik pulih B mencari gali C mengawal selia D menaik taraf
23. Setelah lima kali gagal dalam temu duga,Ong Wee Kiat _______hendak mencuba lagi .
A sakit hati B baik hati C tawar hati D iri hati
24. Sudah hampir sepuluh tahun beliau _______ dengan syarikat di luar negara itu .
A bercampur aduk B berumah tangga C berurus niaga D beramah mesra
25. Nordin naik angin apabila Cikgu Zul _______ saja setelah mengesyaki dirinya terlibat dalam pergaduhan itu.
A tarik diri B tangkap mata C tangkap muat D tangkap buta
26. Zainal _______ kerana menolong Mak Siti Mengangkat bakul yang berat itu.
A ringan mulut B ringan tangan C ringan lidah D ringan kepala
27. Pemuda itu sanggup _______ demi menyelamatkan budak yang hampir dilanggar kereta itu.
A sakit hati B samar muka C sakit mata D sabung nyawa
28. _______ yang berlaku antara Wan dan Amir berpunca daripada salah faham.
A Pilih kasih B Perang mulut C Pilih bulu D Pening lalat
29. Siti Aisyah _______ apabila Cikgu Norhayati memujinya.
A senyum simpul B senyum tawar C senyum kambing D senyum sumbing
30. Walaupun telah bermesyuarat selama empat jam, mereka masih belum mendapat _______ untuk mengatasi
masalah yang rumit itu.
A jalan keluar B jalan belakang C jalan pintas D jalan tengah