PEMBINAAN AYAT DENGAN PERIBAHASA
 
FORMULA A
Siapa + buat apa + peribahasa
contoh: Murid-murid kelas 5A bekerjasama membersihkan kelas bagai aur dengan tebing.
 
FORMULA B
Oleh sebab + peribahasa + siapa + buat apa
Contoh:  Oleh sebab di mana ada kemahuan, di situ ada jalan, Ali telah berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam pelajaran untuk mencapai keputusan SPM yang cemerlang. 
 
FORMULA C
Siapa + berpegang pada prinsip + peribahasa + telah + buat apa
Contoh: Fauzi yang berpegang pada prinsip biar putih tulang, jangan putih mata telah menyertai pasukan tentera demi mempertahankan kedaulatan negara.
 
FORMULA D
Kita mestilah + buat apa + kerana + peribahasa
Contoh: Kita mestilah makan makanan yang seimbang untuk mengelakkan penyakit berbahaya kerana mencegah lebih baik daripada mengubati.